Sunday, January 18, 2009

MEMAHAMI PENGUMUMAN ISRAEL

Semalam israel mengumumkan gencatan senjata,..suatu pengumuman yang dibuat secara persendirian..bukan melalui persetujuan dalam rundingan kaherah. Peliknya wakil israel tidak mahu bersemuka dalam rundingan itu , cuma meninggalkan pesanan kepada Mesir sahaja untuk sampaikan pada Hamas. Mungkin kerana Hamas telah tetapkan gencatan senjata hanya akan berlaku bila israel keluar dari Gaza, buka sempadan Rafah-mesir dan hentikan sekatan. Selagi mereka belum keluar dari Gaza , maka Hamas akan terus menyerang. Bermakna Hamas masih bersedia mengangkat senjata. Israel pula , oleh kerana tidak mahu memenuhi tuntutan Hamas,..akhirnya mengumumkan gencatan senjata sendiri. Kata Ehud Olmert,..dia tak perlukan persetujuan Hamas untuk gencatan senjata. Fikirkan..israel hentikan perang dalam keadaan Hamas masih bertahan dan bersedia untuk meneruskan peperangan. Agak lama israel berkeras untuk teruskan peperangan sekalipun didesak PBB dan masyarakat antarabangsa. Israel adalah satu kuasa yang tidak pernah peduli desakan orang. kali ini dia mengumumkan gencatan senjata sambil meminta maaf atas kematian ramai orang awam. Mulia betul tindakan israel kali ini..sedangkan Hamas tidak berganjak dengan pendirian lama. wajarkah ia dianggap pengumuman 'menang perang'..sedangkan musuh belum puas berperang.Tiada apa2 kejayaan yang dicapai selain kematian 'bukan ahli perang'..iaitu wanita, kanak-kanak, civilian. hebatkah israel menembak orang awam yang tak nak perang, tambahan pula tak pegang senjata pun. Hamas mengumumkan bahawa pengumuman israel itu adalah pengumuman 'kalah perang'....apapun..israel sentiasa tidak pernah kalah perang dalam mana2 siri peperangan yang dihadapi. Yang pasti , Hamas telah banyak mencipta kemenangan..

No comments:

Post a Comment