Sunday, January 4, 2009

Mahmud Abbas - kejahatan tersembunyi

Assalamualaikum...saudara sekalian

Palestin bergolak lagi..terlau banyak ia membincangkan kematian rakyat palestin, kejahatan hamas dan kejayaan israel menakluk Gaza. Belum lagi lakonan majlis keselamatan, PBB ,OIC dan pertubuhan-pertubuhan lain yang bersuara hanya sekadar mencari glamour atau mengulangi statement lama.kecam, kutuk,selar adalah bahasa-bahasa lama yang digunakan yang hanya modalnya adalah air liur sahaja.Tindakan yang tidak langsung mempunyai kos , apatah lagi memberi manfaat pada rakyat palestin. Buktinya..kematian semakin bertambah bukan berhentinya serangan.Cuma saya ingin mengajak berfikir..dimana kedudukan Mahmud Abbas dan geng fatahnya.Hakikatnya israel sekarang menyerang palestin, kematian pun rakyat palestin.Bijaknya hujah diorang, mereka meletak kedudukan sekarang ialah israel menyerang hamas, nampak ia agak "baik', sebab sebelum ini telah ada label 'pengganas' pada hamas. Politik ini memberi kelebihan kepada israel. Mahmud Abbas perlu disedarkan bahawa yang diserang sekarang ialah palestin, bukan hamas. Hebahkan satu dunia bahawa yang diserang sekarang ialah palestin.bermakna, tanggungjawab akan kena pada semua termasuk Mahmud Abbas dan fatahnya. Namun , mahmud Abbas bertindak berkecuali atas dasar serangan itu adalah terhadap Hamas. Berhati-hati dengan politik ini...israel memang bijak , kebijakan yang mudah dikesan. namun itu lah kelemahan umat Islam. Tahu mengesan namun tindakan kekal pada takuk lama - zamankhan.

1 comment:

  1. salam... inilah dikatakan menjaga kepentingan sendiri.. sikap berpuak-puak hanya melemahkan diri.. Alangkah bagus jika kita semua bersatu...

    Bilakah kemunculan "Salehhuddin Al-Ayubi Kedua?"

    ReplyDelete