Monday, January 12, 2009

Allahu akbar...

Selasa ,13/01/2009 - Briged Izzuddin Al-Qossam, sayap militan gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa mendarat cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.
Sementara itu, sumber militan Israel menyebutkan kepada media Zionis bahawa Briged Al-Qossam untuk pertama kalinya menggunakan senjata anti pesawat. Hal ini tentu memberi kesan terhadap serangan pesawat tempur Israel ke Gaza.
Sumber keselamatan Zionis menyebutkan, para prajurit Palestin telah menggunakan senjata anti pesawat canggih untuk menghalang pasawat tempur Israel pada akhir minggu ini. Serangan ini merupakan pertama kalinya dilakukan para pejuang Islam dalam pertempuran melawan pasukan Israel melalui darat, laut dan udara.
Pihak pejuang Islam menyatakan, pihaknya bersama seluruh sayap tempur Palestin menyatakan masih tetap mampu melawan Zionis, walaupun sudah berlangsung 16 hari serangan ganas Israel ke wilayah Gaza. Ia mengatakan, pihaknya masih mampu memberikan kejutan-kejutan lain kepada Israel, jika mereka tetap meneruskan serangannya ke pelbagai kawasan penempatan penduduk.

No comments:

Post a Comment