Assalamualaikum...
Rancangan jahat israel ini takkan berjaya tanpa pertolongan negara arab.Ratusan juta penduduk arab mengelilingi israel yang tak sampai 10 juta boleh berani buli palestin. Sangka buruknya , memang ada kerjasama negara Arab terhadap israel atas dasar kemustahilannya berlaku begitu. Plannya cantik..israel telah kemukakan proposal kepada Mesir tentang serangan itu. Ada due date nya ...iaitu bila israel telah penat atau hampir kalah dan hamas gagal dikalahkan. Senang saja , bila hampir kalah israel akan minta mesir mengemukakan pelan gencatan senjata yang israel sendiri yang tetapkan. Cumanya , ia meminta mesir yang umumkan supaya nampak 'peranan baik' mesir.selain itu , ia nampak datang bukan dari israel. maka nampak seakan israel bukannya nak sangat gencatan senjata. Nampak sikit heronya israel tu sebab tidak mahukan gencatan senjata. Baru-baru ni mesir dah umumkan plan cadangan senjata ketika israel keliru tentang kemampuan mereka. tapi..tak menjadi. Selepas ini israel akan mintak lagi mesir umumkan iaitu ketika mereka tidak mampu lagi melawan Hamas.Yang pasti politik ini pernah dibuat ketika mereka kalah melawan Hizbullah di lebanon. Dengan alasan desakan antarabangsa mereka berundur dari lebanon.sebenarnya mereka sukar mengakui kekalahan itu. Buktinya, hizbullah pernah melancarkan muqaddimah serangan ketika israel bergelut dengan Hamas tapi tiada balasan dari israel kerana hizbullah tiada dalam plan mereka.Tunggu lah..pengumuman mesir tentang kekalahan israel
Singapura: Negara kecil tetapi nilainya tinggi
9 years ago
No comments:
Post a Comment