Rabu ,31/12/2008 -Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke Gaza memasuki fasa sukar. Mereka menegaskan bahawa pukulan keras pertama dan mengejutkan oleh Israel sudah selesai. Kejayaan militan yang mengundang rasa kagum sudah mulai menurun dan musuh (pejuang Palestin) mulai bangkit dan berkobar, merujuk serangan roket Al-Qassam semalam.Penganalisis politik Israel di akhbar Haaretz Israel, Alov Ben menyebutkan bahawa konflik antara elit Israel berkenaan sama ada perang akan dilanjutkan atau dihentikan sudah mulai kedengaran. Beliau menyatakan, Israel sebelumnya ingin melanjutkan perangnya sehingga menguburkan Hamas. Namun bekalan yang sudah disiapkan sebelum perang sudah mulai kehabisan. Alov menunjukkan beberapa laporan media membuktikan bahawa perbezaan elit Israel itu seharusnya menjadi isyarat pentingnya mengambil pelajaran dari perang Lebanon tahun 2006. Beliau menyatakan bahawa ada kaitan yang rapat antara perang Israel kali ini dengan pilihanraya umum Israel tahun hadapan.
No comments:
Post a Comment