Tuesday, January 6, 2009

Alhamdulillah....tahniah Hamas

Selasa ,06/01/2009 -10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat.

Sunday, January 4, 2009

Mahmud Abbas - kejahatan tersembunyi

Assalamualaikum...saudara sekalian

Palestin bergolak lagi..terlau banyak ia membincangkan kematian rakyat palestin, kejahatan hamas dan kejayaan israel menakluk Gaza. Belum lagi lakonan majlis keselamatan, PBB ,OIC dan pertubuhan-pertubuhan lain yang bersuara hanya sekadar mencari glamour atau mengulangi statement lama.kecam, kutuk,selar adalah bahasa-bahasa lama yang digunakan yang hanya modalnya adalah air liur sahaja.Tindakan yang tidak langsung mempunyai kos , apatah lagi memberi manfaat pada rakyat palestin. Buktinya..kematian semakin bertambah bukan berhentinya serangan.Cuma saya ingin mengajak berfikir..dimana kedudukan Mahmud Abbas dan geng fatahnya.Hakikatnya israel sekarang menyerang palestin, kematian pun rakyat palestin.Bijaknya hujah diorang, mereka meletak kedudukan sekarang ialah israel menyerang hamas, nampak ia agak "baik', sebab sebelum ini telah ada label 'pengganas' pada hamas. Politik ini memberi kelebihan kepada israel. Mahmud Abbas perlu disedarkan bahawa yang diserang sekarang ialah palestin, bukan hamas. Hebahkan satu dunia bahawa yang diserang sekarang ialah palestin.bermakna, tanggungjawab akan kena pada semua termasuk Mahmud Abbas dan fatahnya. Namun , mahmud Abbas bertindak berkecuali atas dasar serangan itu adalah terhadap Hamas. Berhati-hati dengan politik ini...israel memang bijak , kebijakan yang mudah dikesan. namun itu lah kelemahan umat Islam. Tahu mengesan namun tindakan kekal pada takuk lama - zamankhan.

Dalang sebenar kejahatan israel

Ahad ,04/01/2009 -Media “as Safir” mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam selepas serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh. as Safir menyatakan, “Tidak sampai 36 jam bermulanya serangan udara Israel ke Gaza, Mesir telah mengumpulkan para utusan dari Ramallah, Aman, Tel Aviv, Washington dan salah satu Negara teluk.” Sementara itu Muhammad Dahlan, berangkat dari Tebing Barat ke Mesir menggunakan pesawat milik salah satu syarikat penerbangan Israel.As-Safir turut menyatakan bahawa antara perkara yang dibincangkan oleh Dahlan ialah perancangan selepas kejatuhan Hamas di Gaza. Ini membuktikan terdapat pakatan antara Fatah dan Zionis Israel. -zamankhan

Friday, January 2, 2009



LIHAT LA SENDIRI...

TAKKAN TAK RASA APA-APA KOT

BUATLA APA YANG MAMPU...SERINGGIT PUN OK

ISRAEL MENGHAMPIRI KEKALAHAN

Rabu ,31/12/2008 -Para penganalisis Israel menegaskan bahawa perang yang dilakukan oleh militan Israel ke Gaza memasuki fasa sukar. Mereka menegaskan bahawa pukulan keras pertama dan mengejutkan oleh Israel sudah selesai. Kejayaan militan yang mengundang rasa kagum sudah mulai menurun dan musuh (pejuang Palestin) mulai bangkit dan berkobar, merujuk serangan roket Al-Qassam semalam.Penganalisis politik Israel di akhbar Haaretz Israel, Alov Ben menyebutkan bahawa konflik antara elit Israel berkenaan sama ada perang akan dilanjutkan atau dihentikan sudah mulai kedengaran. Beliau menyatakan, Israel sebelumnya ingin melanjutkan perangnya sehingga menguburkan Hamas. Namun bekalan yang sudah disiapkan sebelum perang sudah mulai kehabisan. Alov menunjukkan beberapa laporan media membuktikan bahawa perbezaan elit Israel itu seharusnya menjadi isyarat pentingnya mengambil pelajaran dari perang Lebanon tahun 2006. Beliau menyatakan bahawa ada kaitan yang rapat antara perang Israel kali ini dengan pilihanraya umum Israel tahun hadapan.

HAMAS MESTI MENANG

Khamis ,01/01/2009 -Penggubal Undang2 Palestin , Mushir Al-Masri dari pergerakan Hamas telah menolak tuduhan segolongan pemimpin Arab pada Rabu lalu yang nasib Hamas di dalam tangan Iran dan Syria, dan beliau menegaskan yang Hamas akan menang pertempuran menentang rejim Zionis di Gaza.Menurut Masri, tuduhan-tuduhan seumpama itu adalah sebahagian daripada agenda Israel dan US untuk menyerah diri sepenuhnya dan tunduk kepada US.Suara2 bacul seperti itu sepatutnya pergi dari gelanggang lelaki sebenar yang ingin mengembalikan maruah dan kehormatan ummah ",ujarnya dalam satu temubual dengan Quds Press.Beliau turut menekankan yang Hamas masih merupakan barisan pertama pertahanan dalam umat Arab dalam serangan rejim Zionis sekarang ini.Masri menegaskan bahawa kerajaan PA Ismael Haneyya akan melaksanakan dengna terperinci apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

Thursday, January 1, 2009

AHLAN WASAHLAN....JEMPUT DATANG

Assalamualaikum...selamat datang ke blog zamankhan, salam persaudaraan utk semua..sememangnya telah lama saya merasai keperluan untuk saya menukilkan apa saja kelebihan yang ada pada diri untuk manfaat orang lain walaupun sedikit. Cuma masanya hanya mengizinkan hari ini adalah waktu sesuai untuk saya. Luasnya ruang dakwah serta terbukanya hubungan sesama manusia mendorong saya membuka bicara siber ini dalam maksud semata-mata mencari keredhaan allah. Apapun coretannya ia tiada langsung niat mencari manfaat keduniaan yang memalingkan saya dari rahmat Allah. Saya bukakan lapangan ini untuk kita sama-sama berbicara perintah tuhan agar hidup ini lekat dengan kalimah Allah setaiap saat dan ketika..silakan.....wassalam.