Monday, May 11, 2009

Nizar diisytihar MB

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dalam keputusannya berkata, jawatan Menteri Besar tidak boleh dianggap kosong mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) kerana Mohammad Nizar tidak pernah kehilangan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam penghakiman yang dibaca secara lisan selama lebih sejam bermula jam 2.30 petang, hakim itu berkata, undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar hanya boleh dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada sidang DUN. "Dalam kes ini, tidak dapat dipertikaikan fakta bahawa tiada undi tidak percaya dibuat Adun terhadap pemohon (Mohammad Nizar) di persidangan DUN. "Malah, beliau menghadap Sultan untuk memohon pembubaran DUN bukannya kerana sudah kehilangan kepercayaan majoriti DUN tetapi sebaliknya memohon pembubaran itu bagi menyelesaikan kebuntuan dalam DUN dan hal pentadbiran Perak," katanya.
Mengulas keputusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan hari ini kerana yakin mempunyai kes dan asas yang kukuh. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menerima keputusan itu dengan hati dan fikiran terbuka, menegaskan beliau serta enam Ahli Exconya akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang. Mohammad Nizar pula mengumumkan akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya negeri dapat diadakan secepat mungkin untuk menyelesaikan krisis politik di negeri itu. Kemelut kepemimpinan di Perak berlarutan sejak lebih 100 hari selepas Zambry dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari lalu apabila kerajaan Pakatan Rakyat kehilangan kepercayaan majoriti di DUN berikutan tiga wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong BN.
Abdul Aziz berkata, walaupun BN sudah memenangi 31 kerusi DUN, ia tidak memohon supaya sidang DUN diadakan bagi melakukan undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar. "Berdasarkan prinsip demokrasi dan undang-undang, undi tidak percaya perlu dilakukan di sidang DUN dan hanya dengan cara itu seseorang Menteri Besar boleh digugurkan atau diminta meletakkan jawatannya," katanya. Abdul Aziz berkata, Menteri Besar tidak memegang jawatan itu berdasarkan kepada kehendak Sultan. "Bagaimanapun mahkamah berpendapat, kuasa Sultan untuk meminta Menteri Besar meletakkan jawatan adalah tidak mengikut peruntukan dalam Perkara 16(6) UTKP kerana artikel itu adalah sangat jelas dan bukannya tidak nyata. "Sungguhpun Sultan mempunyai kuasa prerogatif dalam melantik Menteri besar, tetapi sebaik dilantik Menteri Besar hanya perlu menjawab kepada DUN dan bukannya orang lain," katanya. Abdul Aziz juga tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah dalam kes itu dan Zambry, bahawa hanya ada dua keadaan yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN. "Abdul Gani menghujahkan bahawa Menteri Besar hanya boleh memohon pembubaran DUN apabila tempoh perkhidmatan DUN berakhir mengikut Perkara 36(2) UTKP atau jika kehilangan kepercayaan majoriti. "Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan itu kerana mengikut Perkara 36 UTKP, terdapat banyak keadaan yang membolehkan Menteri besar memohon pembubaran DUN daripada Sultan dan ia adalah bergantung kepadanya untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk membuat permohonan itu," katanya. Abdul Aziz turut tidak bersetuju hujahan Abdul Gani dan Zambry sebelum ini yang menyatakan Mohammad Nizar perlu meletak jawatan walaupun beliau enggan berbuat demikian. Katanya, Abdul Gani dan Zambry berhujah menyatakan perkataan 'perlu meletak jawatan' dalam Perkara 16 (6) UTKP bermaksud 'mandatori' serta Mohammad Nizar perlu meletak jawatan atau jawatannya itu akan dianggap kosong. "Bagaimana jika Menteri Besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun bermaksud 'mandatori', peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai Menteri Besar perlu meletakkan jawatannya," katanya sambil mencadangkan supaya artikel itu dipinda bagi memenuhi lacuna (kekosongan) dalam Perkara 16(6) UTKP. Mengenai afidavit yang diikrarkan Penasihat Undang-Undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz berkata, penasihat undang-undang itu adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah. Abdul Aziz berkata, Ahmad Kamal sendiri mengakui beliau diarahkan peguam Zambry untuk mengikrarkan afidavit itu dan perkataan 'diarahkan' mempunyai erti yang mendalam. "Disebabkan itu mahkamah berpendapat beliau (Ahmad Kamal) adalah saksi yang tidak neutral dan berat sebelah serta keterangannya adalah demi memenuhi yang arahan diterimanya," katanya. Abdul Aziz berkata, mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan untuk tidak membenarkan pembubaran DUN kerana perkara itu tidak boleh diadili. "Sultan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk tidak memperkenankan permintaan untuk membubarkan DUN," katanya. Sementara itu, peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry membuat permohonan secara lisan bagi memohon penangguhan terhadap pelaksanaan keputusan Abdul Aziz itu, sementara menunggu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan. Abdul Aziz bagaimanapun menolak permohonan itu dan meminta Cecil membuat permohonan secara bertulis berserta ikatan autoriti.

Tuesday, May 5, 2009

PERTANDINGAN NASYID IPTIM

KEPADA SEMUA AHLI KUMPULAN NASYID IPTIM , ANDA DIINGATKAN TENTANG KEHADIRAN UNTUK SESI LATIHAN PADA 20-25 MEI SEBELUM BERANGKAT KE KOLEJ UNIVERSITI INSANIYAH , KEDAH. KEHADIRAN WAJIB UNTUK PENAMPILAN YANG LEBIH BAIK. TERIMA KASIH.

Monday, May 4, 2009

PROGRAM BARU : DIPLOMA SIASAH SYARIAH DENGAN PENGAJIAN ANTARABANGSA

Assalam..

Hari ini saya berfikir untuk menulis..apa benda yang nak di tulis pun tak tahu...bukan takde isu,..melambak sampai tak tahu nak tulis apa..politik? muntah...banyak sangat konflik..selesainya tidak. Ekonomi? boleh bagi pandangan tapi tak pakar la...akademik? student pulak dah selalu ckap kat kelas...apa2 la..janji menulis.

Apapun ,..ada perkara yang memenatkan saya hari ini ,..bukan kerana kerjanya tapi kerana birokrasi dan teknikalnya. Kepada semua pelajar KUIM nantikan satu program baru yang akan ditawarkan di akademi pengajian Islam iaitu Diploma Siasah syariah Dengan pengajian Antarabangsa. Saya agak sibuk untuk usaha ini , namun student2 kene dimaklumkan dulu.sains politik yang dibincangkan dalam perbincangan syariah. ia mampu membantu kita melaksanakan tujuan politik dan pentadbiran negara berasaskan nilai2 syara' khususnya menyentuh posisi politik Islam dalam negara kita. Apapun program ini menjurus kepada pengurusan awam dan diplomatik. Khabarkan pada kawan2 sebagai berita baik untuk mereka. Tidak ditawarkan dimana2 IPTA/S , ianya memang baru, pendekatan baru dan untuk halatuju yang lebih jelas dalam pentadbiran negara.thanks.

Tuesday, March 31, 2009

Palestin : Bicara yang tidak boleh ditinggalkan

DUBAI 31 Mac — Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu meningatkan tentang kempen hebat “pengyahudian"Baitulmaqdis. Berucap pada perasmian Sidang Kemuncak Arab ke 21 di Doha, beliau berkata kempen Yahudi itu bertujuan menghapuskan segala ciri Arab dan Islam dan merobohkan rumah-rumah. Situasi di Baitulmaqdis memerlukan pendirian tegas dan waras, katanya dalam satu kenyataan di sini. Beliau menyebut tentang lawatannya baru-baru ini ke Semenanjug Gaza di mana beliau melihat tahap kemusnahan dan kerosakan besar menerusi keganasan Israel.
Keganasan terhadap Gaza, katanya, ditunjukkan menerusi jenayah perang yang tidak boleh dinafikan, jenayah terhadap kemanusiaan dan penggunaan senjata yang dilarang masyarakat antarabangsa.
“Adalah menjadi tugas kita hari ini bergabung tenaga untuk merujukkan pelaku jenayah ini ke mahkamah khas antarabangsa dan mempercepat pembinaan semula Gaza demi meringankan penderitaan rakyat di sana,” kata setiausaha agung OIC itu. — Bernama

Monday, March 30, 2009

Maafkan saya..

Assalamualaikum...semua

Lama jugak sy tak update blog ni..lama sebab masalah line..teknikal. sampai terlupa banyak isu yang tertinggal...tak comment..terkejut juga bila ramai student masuk jd followers..tima kasih.cuma ruang untuk bsama agak terhad kerana komitmen yang btambah kalau sempat pun masuk blog skit2 la..tengok perkembangan terkini.Apapun kepada semua jemputlah bg pandangan dan idea..atau nak bgtau sesuatu..silakan.

Tuesday, January 20, 2009

Keputusan perang-kejayaan Hamas

80 TENTERA ISRAEL YANG TERBUNUH (PALING KURANG) ,
49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG,
48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT ,
MENEMBAK 4 HELIKOPTER ,
MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA ,
MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR-BANAR ISRAEL ,
TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANGAN PEJUANG YANG DITANGKAP.
MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.
MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL
MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP
BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI
MENAWAN TENTERA-TENTERA ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL
BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

Fitnah pada Allah Dan nabi2 terdahulu...guna nama taurat

Pendeta Yahudi 'halalkan' bunuh wanita, kanak-kanak

GAZA: Laporan sebuah akhbar Arab Saudi, Al Watan, mendedahkan pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu. Menurut akhbar berkenaan, pendeta berkata, tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai 'hukuman besar ke atas musuh.' Ia juga menyebut salah seorang pendeta mengeluarkan kenyataan bahawa tiada masalah dalam menghapuskan penduduk Palestin tidak kira walau sejuta orang atau lebih dibunuh oleh tentera Zionis. Memetik kenyataan daripada Book of Geneses, pendeta Mordachi Elyaho, menghantar risalah mingguan kepada Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, mengandungi artikel membolehkan Yahudi melaksanakan idea hukuman besar-besaran ke atas musuh selari dengan etika perang dalam kitab Taurat. "Standard ini boleh dilaksanakan kepada kes Gaza sebagai semua penduduk wilayah itu bertanggungjawab kerana tidak melakukan apa-apa untuk menghalang bedilan roket Briged Qassam," kata Elyaho dalam suratnya kepada Olmert sambil mendesak beliau meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin kerana 'menghapuskan penduduk awam Palestin tidak menjadi satu kesalahan.' Seorang lagi pendeta radikal, Yesrael Rozin, dipetik sebagai berkata undang-undang dalam Taurat membolehkan pembunuhan lelaki, kanak-kanak, wanita, orang tua, bayi dan haiwan ternakan musuh. Pendeta Sholomo Elyaho pula menggariskan: "Jika kita membunuh 100 daripada mereka tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, kita perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun mereka masih tidak berhenti, kita perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh mereka." – Agensi

* Seorang tokoh Yahudi..Roger Garoudy yang keluar dari agama ini kerana adanya resolusi supaya taurat diubahsuai semula mengikut perkembangan semasa.