Sunday, October 11, 2009

GARISPANDUAN SOALAN FINAL EXAM SESI JUN 2009 ( QUESTIONS GUIDELINES )

PENGAJIAN ISLAM ( MPW 1143 ) API , FPP , FPH SEM 1

BAB 1 ( ISLAMIC CIVILISATION )

OBJ - 4
T/F - 3
FILL IN THE BLANK - 2
ESSAY- 0

BAB 2 ( ISLAMIC PRINCIPLE )

OBJ - 1
T/F - 1
FILL IN THE BLANK - 2
ESSAY- 0

BAB 3 ( IS. CIVILISATION SOURCES )

OBJ - 0
T/F - 0
FILL IN THE BLANK - 2
ESSAY- 0

BAB 5 ( ISLAMIC HISTORY)

OBJ - 0
T/F - 0
FILL IN THE BLANK - 0
ESSAY- 0

BAB 6 ( ISLAMIC FAMILY LAW )

OBJ - 5
T/F - 2
FILL IN THE BLANK - 1
ESSAY- 0

BAB 8 ( ISLAMIC ECONOMIC )

OBJ - 0
T/F - 5
FILL IN THE BLANK - 4
ESSAY- 1

BAB 9 ( ISLAMIC JURISPRIDENCE )

OBJ - 0
T/F - 3
FILL IN THE BLANK - 2
ESSAY- 1

BAB 10 ( ISLAMIC POLITICAL )

OBJ - 0
T/F - 1
FILL IN THE BLANK - 2
ESSAY- 0


FIQH MUNAKAHAT ( DUUS DAN DSI 4 )

1. Objektif , B/S , Isi tempat kosong – Semua Bab
2. Esei – Bahagian D ( Duus shj ) –

· S ( 1 ) - Kewalian
· S ( 2 ) - Talaq
· S ( 3 ) - Khulu’
· S ( 4 ) - Khulu’
· S ( 5 ) - Talaq

3. Bahagian E ( DSI shj ) - SEMUA


PENGAJIAN TAFSIR DAN HADIS

SEMUA KECUALI TAJUK BAGI SOALAN MIDTERM EXAM SHJ.


* JIKA ADA PERTANYAAN , TINGGALKAN DIRUANGAN COMMENTS

Thursday, October 8, 2009


RAMAINYA UMAT ISLAM : RENUNGKAN -How almost one in four people in the world are Muslim... and 1,647,000 live in Britain

There are 1.57billion Muslims around the world, meaning that nearly one in four people practises Islam, according to a report published yesterday.
The size of the Muslim population has long been the subject of guesswork, with estimates ranging anywhere from one billion to 1.8billion.
But the report, by the Pew Research Centre's Forum on Religion and Public Life, is billed as the most comprehensive of its kind.
Enlarge
The project, which has taken three years, presents a portrait of the Muslim world that might surprise some. For example, Germany has more Muslims than Lebanon, China has more than Syria, and Russia has more than Jordan and Libya combined.
One commentator, Amaney Jamal, an assistant professor of politics at Princeton University in the U.S., said: 'This idea that Muslims are Arabs and Arabs are Muslims is obliterated by this report.'
Britain has 1,647,000 Muslims - 2.7 per cent of the UK population, and 0.1 per cent of the global Muslim population, the report said.
Enlarge
This 'weighted' map shows each country's relative size based on its Muslim population
Islam is the world's second largest religion behind Christianity, which has an estimated 2.1billion to 2.2billion followers.
The Pew centre, an American think-tank, calls the report the most thorough on the size and distribution of Muslims.

More...
Zurich gives go-ahead to poster with 'racist image of Islam' ahead of Swiss vote on allowing minarets at mosques
The task of determining the Muslim populations in 232 countries and territories involved analysing census reports, demographic studies and general population surveys.
The report provides further evidence that while the heart of Islam might beat in the Middle East, its greatest numbers lie in Asia - more than 60 per cent of the world's Muslims live in Asia. Indonesia has the world's largest Muslim population - 203million, or 13 per cent of the world's total.
Enlarge
A map compiled by the Pew Forum shows relative sizes of Muslim populations around the world

Global religion: The report showed that nearly one in four people in the world are Muslim
About 20 per cent of Muslims live in the Middle East and North Africa, 15 per cent in Sub-Saharan Africa, 2.4 per cent in Europe and 0.3 per cent in the Americas. Europe is home to about 38million.
The report made no reference to whether the Muslim population is on the increase. A Pew centre project next year will estimate growth rates among Muslim populations and project future trends.
The report also revealed that:
Europe is home to about 38 million Muslims, or about five per cent of its population. Germany appears to have more than 4 million Muslims - almost as many as North and South America combined. In France, where tensions have run high over an influx of Muslim immigrant laborers, the overall numbers were lower but a larger percentage of the population is Muslim.
Two-thirds of all Muslims live in 10 countries. Six are in Asia (Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran and Turkey), three are in North Africa (Egypt, Algeria and Morocco) and one is in sub-Saharan Africa (Nigeria).
Indonesia, which has a tradition of a more tolerant Islam, has the world's largest Muslim population (203 million, or 13 per cent of the world's total). Religious extremists have been involved in several high-profile bombings there in recent years.
In China, the highest concentrations of Muslims were in western provinces. The country experienced its worst outbreak of ethnic violence in decades when rioting broke out this summer between minority Muslim Uighurs and majority Han Chinese.
Of roughly 4.6 million Muslims in the Americas, more than half live in the United States although they only make up 0.8 percent of the population there. About 700,000 people in Canada are Muslim, or about two percent of the total population.Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/worldnews/article-1218934/Pew-Forum-Report-Global-Muslim-population-Nearly-in-world-people-practice-Islam--1-647-000-live-Britain.html#ixzz0TS9X56RX

Sunday, October 4, 2009

Perigi cari Timba..realitinya

Memang benar apa yang dinyatakan bahawa pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., seorang perempuan datang menghadap baginda dan menyerah diri kepada baginda untuk dinikahi.
Malah ada beberapa orang (bukan seorang sahaja) yang menghebahkan diri mereka kepada Rasulullah s.a.w, untuk diterima sebagai isteri dan baginda telah memperisterikan mereka.
Al-Imam al-Bukhari, meriwayatkan sebuah hadis daripada A'ishah r.ha, katanya (mafhumnya): "Salah seorang yang berbuat demikian ialah Khaulah binti Hakim."
Menurut al-Imam al-Zamakshari, ada empat orang yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w. sebagai hibah atau hadiah kepada Nabi iaitu, Maimunah binti Haris, Zainab binti Khuzaimah yang dikenali dengan Ummul Masakiin, Ummus Shariq binti Jabir dan Khaulah binti Hakim.
Pernikahan Rasulullah s.a.w. dengan mereka ini adalah pernikahan yang memenuhi cukup syarat dan rukun untuk dinikahi. Malah diri baginda sendiri dalam konteks ini, baginda pernah bersabda (mafhumnya): "Saya dijadikan Allah daripada pernikahan yang sah, turun temurun daripada Nabi Adam a.s. sehingga ibu ayah saya melahirkan saya ke dunia ini."
Namun demikian, perlulah diketahui lebih lanjut dan jelas bahawa, perempuan-perempuan yang datang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w., Allah telah sebutkan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya (mafhumnya): "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan mas kahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (daripada sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (daripada sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar mas kahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 50)
Ayat tersebut, dengan jelas dan nyata bahawa Allah menyebut perihal perempuan yang datang, menghibah atau menghadiahkan dirinya kepada Nabi s.a.w. ialah khusus untuk Rasulullah s.a.w. sahaja, bukan untuk umatnya.
Apabila ianya khusus untuk Nabi, maka ia sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk ia menjadi sunnah. Oleh kerana itu, maka ia tidak boleh diamalkan.
Diriwayatkan oleh perawi hadis yang mahsyur dari jalan (tariq) sahal, dalam kitab-kitab yang sahih, disebut perihal seorang perempuan datang menghadiahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w., untuk dijadikan isteri, akan tetapi baginda terdiam tidak menjawab apa-apa.
Bagaimanapun ada seorang sahabat memecah kesunyian itu dengan berkata, "Ya Rasulullah, sekiranya Rasulullah tidak berhajat kepadanya, maka nikahkan saya dengannya."
Lalu baginda memerintahkan sahabat itu menyediakan mahar, akhirnya kedua-dua mereka dinikahkan baginda.
Semua keterangan ini jelas membuktikan bahawa dalam kes hibah (hadiah) atau serah diri memang berlaku. Rasulullah s.a.w berkahwin dengan cara hibah, tanpa mahar sebagai suatu keistimewaan untuk diri baginda.
Adapun untuk diri kita, umatnya pada waktu ini, perkahwinan hibah ini tidak berlaku.
Yang boleh berlaku ialah perkahwinan biasa yang memenuhi syarat nikah, barulah sah perkahwinan.

Pedoman syeikh Abdul Qadir

SHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : "Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu." Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : "Hai mal'un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku." Ujarnya tegas

Thursday, October 1, 2009

Puasa syawal diniatkan sekali dengan puasa ganti

Ulama berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: `Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qada.Imam As-Syafi'i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab `seyang tiap amalan dengan niatnya' bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.
Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapat sebahagian ulama.'Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal.Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh `Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti.Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal."Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih)."
Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tiba Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah `membayar' terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya.

Tuesday, May 12, 2009

Krisis Perak : Memahami keputusan mahkamah rayuan

Cuba fahami kekeliruan ini :

1 ) Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan menyebutkan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan wujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

2 ) Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan menyebutkan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!